Rabu, 22 Februari 2012

UJIAN ALLAH MANIS HIKMAHNYA - 2

SAMB....

Aku dikejarkan ke hospital Seberang Jaya, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hampir 8 jam kerana kecederaan di dalam kepala, bleeding. Hasil X-Ray yang dilakukan paha aku telah patah di sebelah kiri dan kanan, patah betis, tulang di bahagian kaki hancur, lutut aku dislocated, tulang pipi dan rahang patah. Erm.... Ujian dari Allah. Itu yang mampu aku ungkapkan. Kesakitannya hanya allah yang Maha Mengetahui.

Saat tu aku hanya ingat anakku dan juga 'cik' saja. Adik-adikku sentiasa di sisi. Ayah juga di sisi. Bila aku tanya semua orang jawab, alhamdulillah smua orang takdak apa2. Aku lega. Semasa aku di wad kecemasan datang seorang anggota polis berpangkat Sarjan aku kira, bertanyakan aku bermacam-macam soalan. Ya Allah saat tu aku tengah blur, di awang-awangan macam mana aku nak jawab soalan dia. Sepatutnya dia lebih mengerti, ataupun dia saja buat-buat tak tahu. Aku hanya diam. Setiap persoalan dia, tiada jawapan. Sebelum dia meninggalkan aku, dia sempat berkata " penumpang yang sama-sama naik dengan hang ada sorang meninggal". Ya Allah saat tu luruh jantungku. Siapa?????? Dalam tu cuma ada anak dan mak saudara aku. Dua dua aku sayang.

Aku dimasudkan ke wad 8 hospital Seberang Jaya dengan keadaan yang sangat kotor. Baju dan tudung dipenuhi muntah dan darah. Aku hairann macam mana jururawat melakukan kerja diorang. Sepatutnya pakaian aku ditukarkan semasa aku di bilik kecemasan lagi. Argh... aku tak hairan lagi semua tu, sekarang ni yang menjadi tanda tanya siapakah Ya Allah.

Akhirnya segala-galanya terjawab bila ayah sendiri yang bagitahu ibu saudaraku telah kembali ke rahmatullah akibat kecederaan dalaman di bahagian dada. Ya Allah luluh hatiku. Tapi apakan daya Allah lebih berkuasa. Bermulalah kehidupan aku di hospital selama 1 bulan. Macam-macam kerenah manusia yang aku dapat lihat sepanjang aku di wad itu. Kunjungan daripada rakan-rakan yang tak henti-henti membuatkan aku terharu dan mengenali erti persahabatan sebenar.

Tapi aku paling terharu dengan kesabaran ayah dan emak yang tak pernah jemu datang mencuci dan membersihkan aku. Rutin harian mereka bermula seawal 5.30 pagi datang ke hospital menukar lampin pakai buang, mengelap dan menyediakan keperluanku. Selesai membersihkan aku, mereka terus ke rumah aku dan menguruskan anak-anak ku. Selesai menguruskan anak-anakku baru diorang dapat balik ke rumah diorang dan ayahku terus ke tempat kerja. Petang pulak, diorang akan datang membersihkan aku kembali. Sepanjang sebulan aku di hospital, begitulah rutin mak dan ayah. 'Ayah,mak.... adik tak dapat nak balas segala peengorbanan kalian. Hanya doa yang mampuu adik panjatkan untuk kesejahteraan kalian'

Minggu ke 3 baru pembedahan untuk memasukkan besi dilakukan. Alhamdulillah pembedahan berjaya.

pada 1.7.2011 aku dibenarkan discaj dari hospital. Gembira sungguh hatiku. Rindu sangat dengan anak-anak.


p/s : walaupun aku tak dapat menguruskan anak-anak, tapi sangat berpuas hati bila dapat tengok anak di depan mata.

Minggu ke 3 aku di hospital, kaki aku dibedah untuk memasukkan besi. Alhamdulillah, pembedahan berjaya.

UJIAN ALLAH MANIS HIKMAHNYA - 1


ASSALAMUALAIKUM......

Hari ini dah hampir sembilan bulan aku terbabit dalam kemalangan ngeri. Sehingga saat ni aku masih trauma dengan apa yang terjadi. Kemalangan yang telah meragut nya insan yang paling aku sayang dan insan yang paling rapat dengan aku berkongsi suka-duka , susah senang dan merangkap sahabat karib aku.

Tanggal 4.6.2011, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung, hari yang penuh sesak dengan jemputan walimah daripada rakan-rakan dan juga penduduk kampung. Hari tu saja aku ada 4 jemputan, seboleh-bolehnya ingin aku penuhi semua jemputan tapi tengok keadaan la. Majlis kenduri yang pertama aku hadiri adalah walimah dalam kampung aku sendiri ditemani oleh anak aku yang bongsu dan juga arwah ibu saudaraku. Selepas selesai menjamu selera, kami bergerak pula ke destinasi yang ke 2 iaitu walimah rakan sepejabat Nurul Azwa, di Pinang Tunggal. Keceriaan jelas terpancar di wajah ibu saudaraku kerana kami boleh jalan-jalan dalam masa yang sama. Selesai di rumah Azwa, kami meneruskan perjalan pulang melalui jalan Pinang Tunggal - Tasek Gelugor...

Saja kataku, nak jalan-jalan. Lagipun aku sendiri tak pernah melalui jalan tu. Konon nak explore lah jalan baru. Ibu saudara ku pun beria-ia nak balik ikut jalan tu. Perjalanan kami dipenuhi dengan lawak jenaka, sungguh mengasyikkan. Bahagia, terlupa segala masalah yang melanda. Sesungguhnya ibu saudaraku seorang yang ceria. Perjalanan yang sungguh lancar. Sampai di Jalan Air Melintas, bermulalah segala-galanya. Sedar-sedar ada kenderaan jenis Naza Ria sedang memotong kenderaan di depannya. Tak lepas memotong agaknya, terus menghantam kereta yang kami naiki. Aku tak tahu apa yang terjadi selepas tu.

Kejadian tu telah meragut nyawa ibu saudara yang amat aku sayangi, arwah meninggalkan 4 orang putera berusia 21, 16, 10 dan 9 tahun...

Al- Fatihah....








p/s : walaupun 'cik' jauh dari kami, kami tetap merindui cik. hanya doa dan ayat-ayat suci al- Quran yang mampuu kami sedekahkan untuk cik. Tiada siapa yang dapat mengganti tempat 'Cik' di sisi kami.

LANGKAH PERMULAAN

Alhamdulillah ....
Setelah lama berangan-angan nak buat blog sendiri akhirnya akuu diberikan kekuatan olehNya untuk menulis dn membina blog sendiri.. Selalunya serronok baca blog orang, tapi sekarang ni aku nak cuba menulis blog sendiri. Mohon kekuatan daripadaNya untuk meneruskan minat aku dalam bidang penulisan ini.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa berikanlah hambaMu kekuatan untuk meneruskan usaha ini..

Amin Ya Rabbal Alamin....