Rabu, 22 Februari 2012

UJIAN ALLAH MANIS HIKMAHNYA - 1


ASSALAMUALAIKUM......

Hari ini dah hampir sembilan bulan aku terbabit dalam kemalangan ngeri. Sehingga saat ni aku masih trauma dengan apa yang terjadi. Kemalangan yang telah meragut nya insan yang paling aku sayang dan insan yang paling rapat dengan aku berkongsi suka-duka , susah senang dan merangkap sahabat karib aku.

Tanggal 4.6.2011, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung, hari yang penuh sesak dengan jemputan walimah daripada rakan-rakan dan juga penduduk kampung. Hari tu saja aku ada 4 jemputan, seboleh-bolehnya ingin aku penuhi semua jemputan tapi tengok keadaan la. Majlis kenduri yang pertama aku hadiri adalah walimah dalam kampung aku sendiri ditemani oleh anak aku yang bongsu dan juga arwah ibu saudaraku. Selepas selesai menjamu selera, kami bergerak pula ke destinasi yang ke 2 iaitu walimah rakan sepejabat Nurul Azwa, di Pinang Tunggal. Keceriaan jelas terpancar di wajah ibu saudaraku kerana kami boleh jalan-jalan dalam masa yang sama. Selesai di rumah Azwa, kami meneruskan perjalan pulang melalui jalan Pinang Tunggal - Tasek Gelugor...

Saja kataku, nak jalan-jalan. Lagipun aku sendiri tak pernah melalui jalan tu. Konon nak explore lah jalan baru. Ibu saudara ku pun beria-ia nak balik ikut jalan tu. Perjalanan kami dipenuhi dengan lawak jenaka, sungguh mengasyikkan. Bahagia, terlupa segala masalah yang melanda. Sesungguhnya ibu saudaraku seorang yang ceria. Perjalanan yang sungguh lancar. Sampai di Jalan Air Melintas, bermulalah segala-galanya. Sedar-sedar ada kenderaan jenis Naza Ria sedang memotong kenderaan di depannya. Tak lepas memotong agaknya, terus menghantam kereta yang kami naiki. Aku tak tahu apa yang terjadi selepas tu.

Kejadian tu telah meragut nyawa ibu saudara yang amat aku sayangi, arwah meninggalkan 4 orang putera berusia 21, 16, 10 dan 9 tahun...

Al- Fatihah....








p/s : walaupun 'cik' jauh dari kami, kami tetap merindui cik. hanya doa dan ayat-ayat suci al- Quran yang mampuu kami sedekahkan untuk cik. Tiada siapa yang dapat mengganti tempat 'Cik' di sisi kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan